Nasi Goreng tajuk cerita,
Persembahan Putera Indera Kayangan,
Dengarkanlah sepenuh jiwa
Ada iktibar untuk renungan.
Amira dan Riyana berkawan baik. Setiap
hari mereka membawa bekal ke sekolah. Riyana suka makan nasi goreng. Oleh itu,
setiap hari ibunya akan menyediakan nasi goreng untuknya. Amira pula setiap
hari membawa bekalan dua keping roti tawar yang dicicah dengan air sirap. Amira
memang suka sangat makan nasi goreng yang dibawa oleh Riyana sahabatnya, yang sudi berkongsi nasi goreng dengannya.Mungkin Amira dah jemu makan roti kosong cicah air sirap, fikir
Riyana.
Pada
suatu hari Riyana bersuara kepada Amira,
“ Mira, aku teringin nak makan nasi goreng kau pula, kau asyik bawa roti,apa
kata esok kita bawa nasi goreng sama-sama nak,” Nanti kita tukar-tukar makan
nasi goreng di kantin..
“Alah,tak
nak lah, nasi goreng aku tak sedap, kau mesti tak nak makan nanti,”Amira
bersuara perlahan.
“Kau
bawa sahajalah, belum bawa, kau dah kata nasi goreng kau tak sedap..kau bawa
sahajalah,mesti sedap punya,Riyana terus memujuk.
Baiklah,
kau punya pasal,esok aku bawa ya. Aku bawa nasi goreng yang istimewa untuk kau
Yeahh…,
macam tu lah kawan … Suka sangat Riyana, lalu menyanyi ……
(Nyanyi
ikut rentak lagu tegar)……………………..
Aku yang dulu bukanlah yang
sekarang
Dulu ku makan nasi gorengku
sahaja
Esok , esok, ada nasi goreng
Amira….
Sekarang ku rasa
gembira………………….
Kawan-kawan,
Walaupun
Amira telah menyatakan persetujuannya untuk membawa nasi goreng tetapi dalam
jiwanya berperang hebat….dia bimbang akan
menyusahkan ibunya
Sebelum
tidur,Amira bersuara, Ibu, esok Mira nak bawak bekal nasi goreng.
Ibu
Mira terkejut, lalu bertanya, apa sayang..? Esok Mira nak bawak nasi goreng.
Kenapa?
Esok Mira ada jamuan kah..?
“Mira
dah jemulah bawa roti kosong,” Mira memberikan alasan
“Nasi
goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng
esok..Mira bawa sahajalah roti ,”pujuk
ibunya.
“Alah
bu,boleh lah,tak payah bubuh rencah pun tak apa. Ibu bubuh telur sahajalah,” Mira memujuk ibu
kesayangannya.
“Ya
lah,baik lah,esok ibu buatkan nasi
goreng untuk Mira ya! Telur pun tinggal sebiji sahaja.Hari pun dah malam,
mana ada kedai yang buka. Bawang pun dah habis. Tak mengapa lah.ibu guna apa yang
ada sahajalah,”ibunya bersuara tanda
bersetuju.
Keesokkan
hari nya semasa dalam kelas,Riyana bertanya Mira, “Mira kau bawa nasi goreng tak?
“Ya, Aku bawak ni, kan semalam dah janji.Janji
mesti ditepatikan,” balas Mira sambil mengenyit mata,” mengusik Riyana.
Ok,
bagus , tak sabar, aku nak makan nasi
goreng kau Mira.
Assalam..boleh sy dapatkan kesudahan cerita pun nasi goreng ni. Terima kasih terlebih dahulu sekiranya puan Ctsha dapat emailkan kepada saya dialamat qisda08@gmail.com atau qisda_08@yahoo.com
ReplyDeleteÀssalam, mohon jasa baik cikgu kongsi cerita ini....emailkan kepada saya rosalindaropaai@ gmail.com
ReplyDeleteterima kasih.....
As salam mohon jasa baik cikgu kongsi cerita ini.....emailkan kpd saya ruminibdin@yahoo.com
ReplyDeleteAs salam mohon jasa baik cikgu kongsi cerita ini.....emailkan kpd saya ruminibdin@yahoo.com
ReplyDelete