Cerpen : Berarak Mendung Kelabu



Cerpen :  Berarak Mendung  Kelabu
Berdesing telinga Amir mendengar bebelan dari bibir Liana yang tidak bernoktah sejak pagi tadi. Niatnya untuk bersantai hilang begitu sahaja. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia menampar pipi isterinya yang  jelita itu. Dia beristighfar lalu mengambil kunci kereta dan bergegas keluar tanpa  meminta khidmat pemandunya.
Hati Liana semakin  sakit dengan tindakan Amir. Dirasakannya semua penghuni di terataknya itu seakan-akan  membencinya. Apa sahaja yang dibuatnya sejak kebelakangan ini seolah-olah tidak bermakna . Semua orang asyik menuding jari ke arahnya. Anak tunggalnya Amelia seolah-olah memusuhinya dalam diam. Jurang komunikasinya dengan Amelia seperti langit dengan bumi kini. Ternyata Amelia lebih manja dengan ibu mentuanya. Ibu tua itu seakan menjadi saingan kepada dirinya. Apa tidaknya,  Amir sudah pastilah melebihkan ibunya daripada dirinya sendiri. Kini Amelia juga berani melawannya dengan memenangkan neneknya lebih daripada dirinya sendiri. Naluri kewanitaannya terasa seperti dicabar.
Liana mengeluh panjang sambil menyisir rambutnya yang lurus mencecah bahu. Rambutnya diwarnakan dengan warna perang kegemarannya. Kelihatan lesu wajahnya yang putih bersih itu. Betul kata orang, wajah cerminan perasaan. Keayuannya semakin tertutup sejak hatinya tidak setenteram dahulu. Biarpun dia cuba mengenakan alat solekan namun keserian wajahnya masih tidak  terserlah.
Liana gelisah sendiri. Bilakah aku dapat bebas seperti dahulu. Dahulu  selepas waktu pejabat , dia akan bersiar-siar atau ‘window-shopping’. Duduk memerap di rumah  ialah perkara yang amat luar biasa baginya. Tapi sekarang  seakan sudah jadi rutin, dia terpaksa menemani ibu mentuanya yang  tua itu. Segala aktiviti persatuannya, hobinya terpaksa dipendamkan begitu sahaja. Amir seakan  bertindak mengurung dirinya sekepas waktu pejabat. Sudahlah seharian penat di pejabat, bila pulang terpaksa melayani ibu tua itu, dengusnya…
“ Hmmm…elok-elok tinggal di kampung, memandai-mandai orang tua ni  dibawa pulang ke rummah ni.  Tak  ada beban batu digalas, rungutnya dalam hati. ”
Hilang rasa hormatnya kepada ibu mentuanya kini..............nak baca sambungan? emel je kat saya

1 comment:

  1. assalamualaikum cg. bole share x sambungan cerita ini. syazadarling@gmail.com
    terima kasih cg

    ReplyDelete