Noktah Sebuah Perhentian (1)



Noktah sebuah Perhentian tajuk cerita,

Hasil nukilan  Rejab F.I.

Garapan karyanya  menusuk jiwa,

Mengambil iktibar  budi disemai.

            Haryati tekun meneliti  Ustazah Hamidah menulis  beberapa baris ayat suci   Al- Quran  dari surah At- Tahrim, di papan hitam.  “ Ayat ini menunjukkan bahawa seseorang wajib menjaga dirinya, anak-anaknya dan isterinya daripada api neraka,” terang ustazah itu lagi.

Hidup tanpa beriman kepada Allah seperti sebuah bahtera yang terumbang-ambing di tengah lautan. Bahtera itu akan dilambung oleh ombak. Berpusing-pusing ke sana ke mari akhirnya tenggelam di tengah lautan.

Huraian ustazah itu dirasakan Haryati amat  menyentuh diri dan keluarganya.

“Kau ikuti ajaran agama Ustazah Hamidah tadi ? ”tanya Haryati kepada Natrah.

 Aku percaya kalau ibu bapa benar-benar bertanggung jawab pada anak-anaknya tentulah anak mereka akan hidup bahagia. Bukan begitu Natrah?

Tentulah! Tegas Natrah spontan. Rumah tangga aman, tenteram. Macam hidup kau tu. senang…rumah besar, ada kereta besar.

Namun hanya dia yang tahu situasi hidupnya yang sebenar.Kesibukan ayah dan ibunya sering menjadi batu penghalang untuknya menagih kemesraan seorang anak.

Haryati keluar dari kamarnya petang itu dengan berbaju kurung dan  berselendang hijau .

‘Eh , cantik Yati pakai baju kurung ni. Nak kemana ni?’ tegur pembantu rumahnya . Dia hairan melihat perubahan pakaian Haryati yang selama ini  tidak selesa berbaju kurung.

“Yati nak belajar di rumah kawan,   kak,” dalihnya.

 Pembantu rumah itu  seakan tidak percaya,  namun dia bersyukur melihat cara Haryati berpakaian.

Sebenarnya Hayati pergi ke surau. Sejambak pengertian tentang nilai hidup yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah diperolehinya. Alangkah, lebih bererti jika nilai tersebut didengar dan difahami oleh ibu dan ayahnya sendiri. Haryati menyimpan tekad dalam hati ingin mencari noktah pada sebuah perhentian yang dikejar dan diburu oleh ibu dan ayahnya selama ini.

“Kau kemana Yati? Berbaju kurung , tutup kepala  pulak tu … ,”keras sahaja suara ayahnya menyambut kepulangannya.....bersambung-sarimah ismail-

5 comments:

  1. Sudilah kiranya e-mailkan kepada saya cerita ini di alamat heritazurhazalinaghazali@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Sy nk tahu kesudahan cerita ni puan,bleh email x?kartinizul@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Sudilah kiranya e-mailkan kepada saya cerita ini di alamat wanazlinaida@gmail.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. lama saya x bukak blog ni...citer favourite saya ni...
    my fb..Alang Sarimah Ismail

    ReplyDelete