Friday, February 7, 2014

Sesiapa yang melakukan kebaikan....

Sesiapa yang melakukan kebaikan , balasannya tidak akan hilang. Berasa cukuplah dengan pahala yang dikurniakan oleh Allah.Contohnya, dalam kehidupan seharian masa kini ada  sianak yang telah menderhakai ibu, ayah yang sedari kecil bersusah payah menjaga,mengasuh dan memberikan pelajaran. Sanggup menjual rumah untuk menanggung perbelanjaan anak yang menuntut di Universiti, tapi apabila berjaya ibu dan ayahnya tidak lagi berharga....Oleh itu apalah diharapkan ucapan terima kasih daripada manusia baik ahli keluarga, rakan taulan mahupun sesiapa jua.Ini tidaklah bermakna kita harus menghentikan sifat dan perilaku yang mulia atau berbuat baik kepada orang. Sebaliknya kita seharusnya bersdia menerima sikap orang yang mengingkari kebaikan kita. Keredhaan Allah menjamin ketenangan buat kamu yang  redha, Ingatlah berbuat kepada orang hidupmu menjadi lapang. InsyaAllah.

Sahabatku,
Aku mengajarmu memanah setiap hari
Ketika lenganmu telah kuat, kau justeru memanahku.......
- adaptasi dari Ya Allah kenapa aku Diuji-Ibn Qayyim-
catatan-sarimah ismail-

No comments:

Post a Comment