Pemimpin Yang Adil mendapat kedudukan Tinggi disisi
Allah
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan
menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah
orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa
yang ditadbir oleh mereka.
Huraian Hadith:
1. Allah akan memberikan tempat yang paling mulia
bagi sesiapa yang berlaku adil semasa hidup di dunia sama ada di dalam urusan
negara atau pun rumah tangga atau sesiapa yang berada di bawah tadbirannya.
2. Islam menuntut umatnya berlaku adil terhadap
semua golongan manusia tanpa mengira umur, pangkat dan darjat bahkan melarang
keras sebarang perbuatan zalim, penindasan dan pilih kasih.
3. Kepimpinan adalah
satu tugas yang amat berat kerana seseorang itu bertanggungjawab kepada Allah
dan manusia. Oleh itu sewajarnyalah ia tidak menjadi rebutan kecuali bagi orang
yang benar-benar sanggup memikulnyahttp://www.islam.gov.my/e-hadith/pemimpin-yang-adil-mendapat-kedudukan-tinggi-disisi-allah
No comments:
Post a Comment